Isnin, 16 November 2009
Hehe
Jika kamu menadah air biarlah berpada.. Jangan terlalu berharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.. Cukuplah sekadar keperluannya.. Apabila sekali ia retak, tentu sukar sekali untuk kamu menampalnya semula.. Dan akhirnya ia di buang.. Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi..
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya.. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.. Anggaplah dia manusia biasa.. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya dan akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya...I LOVE THIS ARTICLE. :) Got it from my cousin.
Posted by Nazy Sam at 4:41 PG